Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, tidak terdapat sebarang unsur jenayah dalam kes tersebut.

“Pihak polis juga meminta supaya ibu kepada kanak-kanak ini tampil menjernihkan keadaan dan merujuk isu kekeluargaan ini kepada pihak yang berkenaan,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fadzil berkata, orang awam juga diminta menghentikan sebarang spekulasi terhadap kes ini demi kebaikan kanak-kanak tersebut.

Kelmarin, pasangan adik beradik tersebut dikatakan telah dilarikan oleh tiga indvidu tidak dikenali termasuk seorang wanita ketika berada di sebuah tadika di Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor.

Berita mengenai kehilangan kanak-kanak tersebut tular dalam laman Facebook milik seorang wanita dipercayai ibu saudara mereka.

Menurut wanita tersebut, kehilangan Raheel Khan, 6, dan Aleya Reyhana, 4, disedari ketika adiknya hadir untuk mengambil mereka pulang. - UTUSAN ONLINE.