Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa, Kong Chaw Wan, yang berusia setahun empat bulan meninggal dunia akibat mati otak.

“Sehubungan itu, polis kini menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, “ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, polis menahan reman ibu kandung mangsa yang merupakan warga Indonesia berusia 26 tahun selama 14 hari sejak Khamis lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. - UTUSAN ONLINE