Suspek, Khairul Izaini Khairuddin, 31, akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek juga akan dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Isterinya dan juga ibu kandung kanak-kanak malang itu akan dibebaskan dengan bon dan dijadikan saksi," katanya, di sini hari ini.

Pada 12 November lalu, sepasang suami isteri ditahan selepas menghilangkan diri selama empat hari kerana terlibat dalam kes penderaan kanak-kanak berusia tiga tahun.

Kedua-dua mereka ditahan di Hospital Kajang dekat sini kira-kira pukul pukul 11 pagi selepas isterinya yang juga ibu mangsa dikatakan melahirkan anak di sebuah inap desa di Hulu Langat sebelum menerima rawatan susulan di hospital tersebut. - UTUSAN ONLINE