Perintah reman sehingga esok itu dikeluarkan oleh Majistret Abdul Hadi Hakimi Harun ketika bekas pelakon terbabit dibawa oleh pihak polis ke Mahkamah Majistret Jitra di sini hari ini.

Boy Iman, 37, direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana dipercayai bertanggungjawab menyebabkan kerugian beberapa mangsa dalam projek pembinaan rumah banglo.

Turut direman dua hari ialah tiga pengarah Juta Kelulut Global Resources termasuk seorang wanita bergelar Datuk.

Boy Iman diwakili peguam, Ummi Kalthum Zakaria manakala tiga lagi diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Zuriah Mohd Nordin

Terdahulu, Boy Iman serta tiga yang lain dibawa oleh anggota polis ke mahkamah berkenaan kira-kira pukul 9 pagi dengan tangan bergari dan berpakaian lokap. - UTUSAN ONLINE