Dua pemancing berkenaan ialah, Alfa Rizuan Abd. Aziz dan Azwan Abu Bakar.

Ketua Polis Rompin, Deputi Superintenden Zainal Omar Mahamud berkata, pada pukul 4 oetang 15 Mac lalu di Jeti Sungai Puteri Kuala Rompin, dua mangsa bersama lapan lagi rakannya keluar memancing.

“Pada 16 Mac lalu kira-kira pukul 9 pagi, ketika dalam perjalanan pulang, bot dinaiki pemancing berkenaan dimasuki air dan karam.

“Kira-kira pukul 7 petang, lapan pemancing diselamatkan oleh sebuah bot pukat jerut yang lalu di kawasan itu manakala dua orang lagi hilang semasa bot karam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zainal Omar berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pemancing berkenaan digerakkan bermula semalam.

“Sehigga kini, dua pemancing yang hilang itu masih belum ditemukan,” katanya. - UTUSAN ONLINE