Pengarah JBPM Sarawak, Khirudin Drahman berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,004 panggilan melibatkan kes kebakaran manakala 1,697 merupakan operasi menyelamat dan 88 kes adalah tugas-tugas khas.

Menurut beliau, panggilan mengenai kebakaran hutan mencatatkan jumlah tertinggi diikuti dengan panggilan kecemasan rumah jenis kediaman atau teres.

“Hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan kebakaran adalah berpunca daripada peralatan elektrik (overload) serta kecuaian.

“Jumlah kerugian yang direkodkan adalah RM11,216,411.51 dan jumlah harta yang diselamatkan RM97,088,717.89,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Khirudin, berdasarkan statistik, zon Miri merekodkan jumlah panggilan tertinggi iaitu 412 kes diikuti zon Kuching (164) dan zon Sibu (154).

Beliau berkata, bagi kes kebakaran, sebanyak tiga kematian serta 14 mangsa cedera dicatatkan.

“Sebanyak tiga kes kebakaran rumah panjang melibatkan 65 pintu serta 637 mangsa,”ujarnya-UTUSAN ONLINE