Jurucakap bomba berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang telah dihubungi oleh polis untuk membantu menangkap lelaki berkenaan pada pukul 3.13 petang.

"Orang awam yang bimbang melihat lelaki kurang siuman itu berkeliaran di tempat awam sambil memegang dua bilah parang telah menghubungi polis untuk menangkapnya.

"Melihat keadaan lelaki itu merbahayakan untuk didekati, polis telah menghubungi bomba bagi membantu memberkasnya," kata beliau ketika dihubungi di sini, malam ini.

Beliau berkata, tiba dilokasi kejadian, didapati terdapat seorang lelaki kurang siuman memegang dua bilah parang di kedua-dua tangannya.

Katanya, pihak bomba bertindak melepaskan pancutan air ke arah tangan suspek yang memegang parang.

Tambahnya, setelah keadaan terkawal, suspek kemudiannya diberkas oleh pihak polis untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE