Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, kawasan yang berjaya dipadamkan ialah kawasan ladang, tanah gambut dan belukar berhampiran SK Kuala Baram II.

“Tiga kaedah digunakan untuk memadamkan kebakaran iaitu kaedah pembanjiran kawasan terbakar, water bombing menerusi helikopter dan memadamkan kebakaran sekitar kawasan sehingga api dipadamkan yang dilakukan oleh anggota bomba sehingga malam.

“Pada masa sama terdapat kawasan baharu yang telah dikenal pasti terbakar di Kuala Baram dengan anggaran keluasan 10 hektar namun ia terkawal dan tidak merebak,” katanya di sini malam ini.

Poh Kiong berkata, kekuatan pasukan 55 orang melibatkan bomba, syarikat peladangan serta Jabatan Pengairan dan Saliran.

Katanya, Unit Udara Bomba turut membantu dengan melakukan 18 water bombing dari pukul 3 hingga 5 petang ini.-BERNAMA