SUSPEK warga Bangladesh yang berbogel di dalam pesawat Malindo
SUSPEK warga Bangladesh yang berbogel di dalam pesawat Malindo Air.

Menurut sumber, dalam kejadian tersebut, suspek berusia 20 tahun yang merupakan seorang pelajar sebuah universiti swasta di Cyberjaya telah bertindak di luar kawalan dengan membuka pakaiannya dan berbogel da­lam masa sama menonton filem lu­cah melalui kompu­ter riba miliknya.

“Kejadian itu ber­laku ketika pesa­wat berada pada ke­tinggian 10,000 ka­ki di udara. Pada mu­la­nya, salah seorang krew penerbangan telah menasihati suspek yang dipercayai menga­lami masalah mental supaya memakai semula pakaiannya dan suspek mematuhi arahan tersebut.

“Bagaimanapun, selepas beberapa ketika suspek pergi ke tandas sebelum bertindak luar kawalan dan cuba memeluk pula salah seorang pramugari,” katanya di sini hari ini.

Sumber berkata, berikutan itu seorang pegawai penerba­ngan telah meminta suspek bertenang namun suspek telah berkelakuan lucah dan sekali lagi memeluk seorang pramugari lain sebelum menjerit dan berkelakuan agresif.

“Untuk keselamatan, pegawai pener­bangan itu telah me­ngikat suspek dan menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan kejadian ini.

“Setelah tiba di destinasi, laporan ber­tulis telah dibuat berhubung kejadian tersebut dan perkara ini merupakan perjalanan yang mengerikan bagi pihak krew kabin dan penum­pang,” katanya lagi.

Difahamkan, suspek kini da­lam tahanan pihak berkuasa Bangladesh sejurus penerba­ngan mendarat dan siasatan masih dijalankan.