Dalam satu kenyataan bank pusat itu hari ini, serbuan dilakukan di Perak, Pahang dan Negeri Sembilan pada 17 Ogos lalu.

“Semasa serbuan, bank negara merampas dokumen, wang tunai serta mata wang asing dari premis DJ Travel (amp) Tour Sdn. Bhd. di Lumut dan Sitiawan, Fathima Warisan Enterprise di Giant Supermarket, Senawang, dan Habeeb Textiles di Kuantan dan Muadzam Shah,’’ katanya.

Empat pendatang asing tanpa izin yang menjaga premis tersebut juga ditahan oleh Jabatan Imigresen.

BNM berkata, serbuan itu merupakan antara langkah berterusan Bank Negara Malaysia untuk membanteras kegiatan pertukaran wang dan kiriman wang haram dalam negara.

Katanya lagi, mana-mana orang atau syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan perkhidmatan wang, seperti aktiviti pengurupan dan pengiriman wang tanpa lesen, me­lakukan kesalahan mengikut Seksyen 4(1) MSBA dan boleh dikenakan denda tidak lebih RM5 juta atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.

Individu yang disabitkan kesala­h­an mengikut Seksyen 4(1) AMLATFA boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai perolehan aktiviti atau instrumen yang menyalahi undang-undang pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi. – BERNAMA