Malah, dalam operasi kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, terdapat juga segelintir warga asing yang cube bersembunyi dan melarikan diri apabila menyedari kehadiran penguat kuasa imigresen namun tindakan mereka hanya sia-sia.

Pengarah Bahagian Operasi, Siasatan Dan Pendakwaan Imigresen, M. Saravana Kumar berkata, dalam operasi tersebut, pihaknya memeriksa sebanyak 270 warga asing sebelum menahan 82 daripada mereka yang berusia antara 20 dan 40 tahun.

“Mereka yang ditahan merupakan warga Bangladesh, Myanmar, Sri Lanka, Indonesia, India dan Nepal. Hasil pemeriksaan, kita dapati sebanyak 82 warga asing telah melakukan kesalahan di bawah akta imigresen antaranya salah guna pas, tinggal lebih masa dan tiada permit kerja.

“Kita harap orang ramai akan terus menyalurkan maklumat berhubung masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan masing-masing supaya tindakan lanjut dapat diambil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, operasi tersebut dijalankan oleh penguat kuasa imigresen dari Putrajaya dengan bantuan pasukan imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan selain mendapat kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya. - UTUSAN ONLINE