SUSPEK
SUSPEK

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga Selasa depan itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen, Norida Mohd. Husin.

Suspek berusia 35 tahun itu ditahan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabatnya di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Putrajaya kira-kira pukul 6 petang semalam.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Difahamkan kes itu terbongkar selepas Jabatan Audit menja­lankan audit terhadap pejabat kementerian tersebut di negeri ini pada akhir tahun lalu.

Siasatan awal SPRM telah mengesan wang tunai berjumlah RM190,000 dalam akaun bank milik suspek.

Sumber SPRM ber­kata, kebanyakan hasil audit tidak boleh dijawab pihak terbabit sehingga mendorong kepada pembongkaran aktiviti tersebut.

“Kita akan menjalankan siasatan terperinci berhubung per­kara itu termasuk mengambil keterangan beberapa kontraktor. Kita juga percaya beberapa individu di pejabat itu turut terlibat dalam kes ini,” katanya.