Sundari, 40, yang merupakan warga Indonesia mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Mengikut pertuduhan, Sundari didakwa mencuri tiga utas gelang emas berjumlah RM1,509.14 di sebuah rumah, di Lot 3024, Jalan Melati, Kampung Damai Kuang di sini pada pukul 4 pagi, 18 Jun lalu.

Pertuduhan terhadap wanita itu dikemukakan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE