Hakim Mohd. Hafizi Abdul Halim menjatuhkan hukuman tersebut ke atas bekas kerani Maybank Cawangan Limbang, Khusairie Fanzi Aladin, 34, yang membuat pengakuan bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu pada Rabu lalu.

Mengikut pertuduhan, Khusairie didakwa melakukan pe­cah amanah yang mengakibat­kan seorang wanita berusia 68 tahun mengalami kerugian RM53,870.64 antara 3 April dan 4 Jun tahun lalu.

Pertuduhan dikemukakan me­ng­ikut Seksyen 408 Kanun Ke­seksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan serta boleh didenda.

Pendakwaan dikendalikan Pe­ga­wai Pendakwa, Inspektor Da­yang Zunainah Razali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah memberitahu, tertuduh berjaya ditahan pa­sukannya bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah diketuai Asisten Superintenden Arthur Medang, Selasa lalu.

Katanya, modus operandi ter­tuduh dengan mendaftarkan akaun Maybank2u mangsa menggunakan telefon bimbit atas namanya.

“Tertuduh kemudian memin­dahkan wang daripada akaun mangsa secara atas talian sebanyak 103 transaksi melibatkan jumlah kerugian berkenaan,” ujarnya.