Hakim G. Ramesh menjatuhkan hukuman tersebut keatas L. Subbarau @ Kamalanathan, 38, iaitu bekas guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Batang Benar, Nilai.

Ramesh bagaimanapun membenarkan hukuman berkenaan ditangguhkan sementara tertuduh memohon rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, Subbarau didakwa atas lima pertuduhan iaitu memiliki kertas soalan UPSR 2014 bagi mata pelajaran Matematik 035/1 dan Matematik 015/1, Bahasa Tamil-Pemahaman 036 dan Bahasa Tamil-Penulisan 037 serta Sains 081 menerusi sebuah telefon pintar. - UTUSAN ONLINE