Menurut sumber, Mohd. Zaid yang hadir ke Ibu pejabat SPRM di sini pada pukul 9.30 pagi ditahan selepas dipercayai memberikan keterangan selama sembilan jam.

“Dia ditahan selepas memberi kete­rangan untuk membantu siasatan dan beliau akan direman esok,” katanya.

Sebelum ini, sebanyak tiga individu termasuk dua pengarah syarikat yang dilantik menjadi ejen pembeli­an hotel berkenaan telah direman membabitkan kes sama pada minggu lalu.

Kertas siasatan berhubung pembelian hotel di Kuching dibuka susulan maklumat yang dite­rima oleh pasukan penyiasat SPRM ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di Kensington, London oleh FIC sebelum ini.

Maklumat awal yang diterima oleh pasukan penyiasat SPRM me­nunjukkan pembelian hotel di London tersebut te­lah mengakibatkan kerugian ratusan juta ringgit kepada FIC.

Berikutan itu, SPRM­ telah melaku­kan pe­meriksaan di beberapa lokasi iaitu di Balai Felda, Kuala Lumpur dan dua lagi lokasi sekitar ibu negara serta tiga lokasi lain di Kuching.