Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pendakwaan dilakukan berdasarkan siasatan melibatkan empat transaksi atau kerjasama yang dijalankan dengan beberapa syarikat lain.

"Pendakwaan melibatkan kesalahan pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, menerima harta curi iaitu Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan juga konspirasi jenayah untuk melakukan pecah amanah mengikut Seksyen 120B Kanun Keseksaan.

"Kesemua pertuduhan adalah berdasarkan hasil siasatan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE