Menurut sumber, sehingga kini, jumlah sitaan wang telah mencecah RM1.19 juta.

“Selain itu, dua buah kereta, masing-masing sebuah Subaru Impreza dan Toyota Vios serta sebuah motosikal berjenama Honda turut disita SPRM,” katanya, di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan penyitaan itu.

Katanya, SPRM juga bercadang memanggil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan beliau bahawa dana RM3.5 juta itu dimiliki oleh UMNO. - UTUSAN ONLINE