Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, bayi berkenaan ditemukan oleh bilal surau tersebut yang terdengar suara tangisan bayi itu.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, bilal berkenaan kemudian terlihat satu bungkusan di tangga surau sebelum menemukan seorang bayi di dalamnya.

“Bayi tersebut berada dalam keadaan stabil dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini supaya menghubungi talian 07- 4343999 bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi. -UTUSAN ONLINE