Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bayi lelaki ditinggalkan, dihurung semut api ditemukan selamat

Bayi lelaki ditinggalkan, dihurung semut api ditemukan selamat
BAYI malang yang ditinggalkan ditemukan selamat dan stabil di kawasan gerai makanan di Jalan Salut di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE

KOTA KINABALU 12 Jun - Nyawa seorang bayi lelaki yang ditinggalkan serta telah dihurung semut api masih panjang apabila dia diselamatkan di kawasan gerai makanan di Jalan Salut di sini hari ini.

Bayi malang yang mengalami bengkak di mulut dan mata itu ditemui orang awam selepas ditinggalkan di dalam sebuah beg tangan berwarna biru kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan, dibaluti kain dan dimasukkan ke dalam beg tersebut sebelum ditinggalkan di kawasan itu oleh individu tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, ketika ditemui, bayi itu tidak memberikan sebarang tindak balas namun disahkan masih bernyawa oleh pasukan perubatan Hospital Tuaran.

"Bayi malang itu ditinggalkan dalam sebuah beg berwarna biru yang tidak berzip dan dibungkus sehelai kain. Ketika ditemukan tubuh badan bayi itu digigit semut sehingga meninggalkan kesan pada bahagian mata dan mulut.

"Siasatan awal polis mengesyaki bayi itu tidak bernyawa. Bagaimanapun setelah dihantar untuk menerima rawatan di Hospital Tuaran di sini, bayi malang itu disahkan dalam keadaan sihat dan stabil," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Chandra menambah, siasatan di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang bukti berkaitan identiti bayi berkenaan dan tiada saksi yang melihat individu meletakkan bayi tersebut di kawasan tersebut.

Beliau berkata, bayi itu kini ditempatkan di Hospital Tuaran dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta melaporkannya di balai polis berdekatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain