Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintenden Razlam Ab. Hamid berkata, bayi tersebut dijumpai oleh tuan rumah berkenaan ketika dia pulang ke rumahnya pada pukul 2.15 pagi.

Menurutnya, berdasarkan keterangan tuan rumah berkenaan, ketika ditemukan bayi tersebut dibalut dengan kain langsir berwarna hijau yang diletakkan di tepi pasu bunga di hadapan rumahnya.

"Sewaktu ditemukan bayi tersebut sedang menangis. Turut ditemukan di sisi bayi ialah sekeping nota memohon agar pemilik rumah tersebut menjaga bayi berkenaan," katanya

ketika dihubungi.

Menurutnya, bayi tersebut dibawa ke Hospital Taiping dan kes disiasat Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE