Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, bayi yang dalam keadaan bersih itu ditemukan dibalut dengan kain pelikat dan telekung oleh orang awam kira-kira pukul 4.30 pagi.

" Hasil pemeriksaan mendapati bayi itu tidak mengalami kecederaan di anggota badan dan dalam keadaan bersih serta tidak terdapat kesan darah di badannya.

"Siasatan sedang diteruskan untuk mendapatkan maklumat dan mengesan suspek yang terlibat," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE