Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan berkata, bayi ditemukan berbalut dengan plastik sampah berwarna hitam oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

“Bayi lelaki itu ditemukan dalam keadaan sempurna dan dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan lanjut.

“Sehubungan itu, kita merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini dapat menghubungi polis bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, kes itu disiasat di bawah 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN ONLINE