Bayi itu ditemukan kira-kira pukul 11 pagi oleh seorang penginap resort setelah terdengar tangisan bayi.

Ketua Polis daerah, Superintenden Ismail Che Isa berkata, pengadu bersama dua lagi rakannya kemudian mencari bunyi tangisan itu.

"Setelah membuat pemeriksaan, pengadu menemukan seorang bayi lelaki yang masih hidup dan bertali pusat dalam keadaan kesejukan di celah pokok di kawasan belukar belakang hotel tersebut.

"Pengadu telah mengambil bayi tersebut bagi  membawanya ke Klinik Kem Sri Banding, Gerik sebelum menghantarnya ke Hospital Gerik untuk tindakan lanjut," katanya, di sini hari ini.

Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE