Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, bayi berkenaan ditemukan pukul 3.30 petang oleh seorang pekerja binaan warga Indonesia berusia 45 tahun.

“Lelaki itu telah menemukan satu bungkusan plastik berwana merah dan nampak tangan bayi bergerak-gerak di luar plastik tersebut sebelum mendapati terdapat bayi di dalam plastik berkenaan.

“Bayi berkenaan ditemukan tidak berpakaian dan hanya diselimuti dengan sehelai baju dan di bawah bayi tersebut ada uri yang masih berdarah dibungkus dengan beberapa helai baju T,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Shahurinain berkata, hasil permerhatian secara fizikal mendapati bayi itu dipercayai dilahirkan kurang 24 jam ketika ditemukan dan tidak mengalami kecederaan selain kulit yang berwarna gelap. - UTUSAN ONLINE