Keadaan yang me­nimpa bayi itu disedari pegawai perubatan di Hospital Batu Gajah semasa dia dibawa penga­suhnya ke hospital tersebut untuk mendapatkan suntikan imunisasi, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kes itu di­sedari

AHAMAD ADNAN BASRI
AHAMAD ADNAN BASRI 

pegawai perubatan setelah melihat terdapat dua kesan terbakar di anggota tubuh mang­sa.

Menurutnya, semasa perkara tersebut ditanya kepada pe­ngasuhnya, wanita itu memaklumkan kesan cucuhan puntung rokok tersebut dilakukan oleh datuk bayi itu sendiri.

“Ketika kejadian, mangsa te­lah dijaga oleh suspek di rumah lelaki itu di Kampung Baru Batu 1, Tanjung Tualang pada Rabu lalu kerana pengasuh bayi tersebut menghadiri sesi pendaftaran persekolahan anaknya.

“Kejadian berlaku ketika suspek yang sedang menghisap rokok mahu menanggalkan pakaian bayi terbabit kerana membuang air besar namun rokok yang dihisapnya telah terkena bahu sebe­lah kanan sebelum jatuh terselit pada lampin pakai buang yang dipakai mang­sa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Adnan berkata, selepas kejadian itu, suspek tidak membawa mangsa ke klinik atau hospital untuk rawatan dan hanya meletakkan kicap pada kesan terbakar itu.

Katanya, mangsa dijaga sepenuhnya oleh pengasuh sejak lahir kerana ibu bapa bayi tersebut sedang menjalani hukuman di Penjara Tapah kerana kesalahan dadah.

“Ekoran laporan oleh pegawai perubatan hospital, kita telah menangkap suspek ber­usia 47 tahun itu pada hari sama untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Lelaki yang ditahan reman sehingga esok itu didapati mempunyai empat rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah dan dadah namun ujian urin yang dilakukan ke atasnya didapati negatif,” katanya.

Menurutnya, bayi itu kini dirujuk di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk rawatan lanjut.