Mangsa dipercayai meninggal dunia semasa dibawa bapanya pagi ini untuk mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya di sini.

Difahamkan, siasatan pihak hospital mendapati mangsa patah tulang paha kiri, tangan kanan serta luka lebam pada kepala dan leher.

Bedah siasat ke atas mayat mangsa akan dilakukan di HSJ pagi esok.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Tengah, Asisten Komisioner Nil Ros Azhan Nik Ab. Hamid mengesahkan kejadian dan nemaklumkan polis sedang menyiasat kes terbabit. - UTUSAN ONLINE