Suraya Yahya, 30, ketika ditemui pemberita hari ini berkata, bayi itu ditemuinya di ruang solat wanita surau berkenaan.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, bayi berkenaan dibalut dengan kain tuala berwarna putih dan disertakan sekali tudung berwarna oren dalam beg sandang berkenaan.

“Mulanya saya sangka bunyi kucing bergaduh tetapi bila diamati, saya yakin ia tangisan bayi dan saya terus surau sebelum menemui beg sandang di ruang solat.

“Sayu mendengar tangisan itu, saya terus membuka beg berkenaan sebelum melihat bayi lelaki di dalamnya,” katanya.

Tambah Suraya, ketika kejadian dia sedang menunggu anaknya habis mengaji al-Quran di rumah ustazah yang terletak bersebelahan surau itu.

Katanya, bayi tersebut cukup sifat tetapi ada pendarahan dipusatnya dan kaki serta tangan berada dalam keadaan pucat.

“Sebelum ini, saya hanya dengar kes buang bayi melalui media tapi kali ini, saya rasai pengalaman itu sendiri dan saya berharap ibu bapanya segera insaf,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE