Ahnaf Hanafi Mohd. Haniff disahkan meninggal dunia dalam kejadian pada pukul 2.30 petang ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Indera Mahkota 5 di sini.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, bapa mangsa, Mohd. Haniff [email protected], 28, menghantar anak tunggalnya itu ke rumah pengasuh dalam keadaan sihat pada pukul 8.10 pagi ini.

"Ketika berada di tempat kerja, Mohd. Haniff menerima panggilan daripada isterinya yang memaklumkan pengasuh Ahnaf Hanafi membawa anak mereka mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta.

"Ketika tiba di klinik berkenaan, bapa mangsa melihat anaknya dalam keadaan kebiruan dan dimaklumkan oleh pegawai perubatan bahawa anaknya itu sudah meninggal dunia," katanya di sini malam tadi.

Menurut Mohamad Noor, bapa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan pada pukul 3.44 petang semalam.

"Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa dan setakat ini kes diklasifikasikaam kejadian sebagai mati mengejut," katanya. - UTUSAN ONLINE