Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian yang menimpa kanak-kanak malang itu disedari oleh ibu kanak-kanak berusia 31 tahun itu.

“Pukul 1.30 petang semalam, pengadu (ibu mangsa) sudah menonton satu rakaman video yang tular dalam laman sosial Facebook memaparkan seorang bayi lelaki dipukul oleh seorang pengasuh.

“Pengadu kemudian mengenal pasti bayi lelaki tersebut adalah anaknya yang dihantar ke rumah pengasuh berkenaan di Indahpura, Kulai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, setakat ini pihaknya belum membuat tangkapan berhubung kejadian dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1)(c) Akta Kanak-Kanak 2001. - UTUSAN ONLINE