Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bauksit: Kakitangan kementerian tidak terlibat

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengesahkan kakitangannya tidak terlibat dalam penahanan 10 penjawat awam berhubung kes perlombongan bauksit secara haram oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kementerian mengamalkan toleransi sifar terhadap aktiviti yang menyalahi undang-undang dan bersedia memberi kerjasama kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.

“Kementerian sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang kesalahan oleh mana-mana pegawai yang telah diberi amanah untuk menjalankan tugas awam.

“Kita akan mengambil tindakan tegas agar semua agensi penguatkuasaan turut mempertahankan moratorium yang dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas tentang kejayaan SPRM menahan 10 penjawat awam yang disyaki bersekongkol dengan kegiatan melombong bauksit secara haram di Kuantan, Pahang.

Wan Junaidi turut menegaskan komitmen kementeriannya dalam usaha memerangi salah guna kuasa dan rasuah serta menyarankan supaya penguatkuasaan secara bersepadu diperkukuhkan.

“Sehubungan itu, semua bentuk tenaga kerja harus digembleng dengan serentak untuk menangani isu ini dalam kadar yang segera, bertepatan dan berkesan,” jelasnya.

Beliau menambah, pelbagai agensi di bawah kementerian seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Mineral dan Galian (JMG) serta Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) turut dikerah untuk bersama-sama membanteras sebarang salah laku.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain