Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Basikal lajak:7 remaja ditahan

TUJUH REMAJA BASIKAL 2
TUJUH remaja berusia antara 13 hingga 15 tahun ditahan dalam Ops Basikal Lajak kerana menunggang basikal lajak di tiga jalan utama di Batu Pahat, Johor, petang semalam.-UTUSAN

BATU PAHAT 9 Sept. - Polis menahan tujuh remaja yang menunggang basikal lajak di beberapa jalan utama di bandar ini dalam Ops Basikal Lajak pada petang semalam.

Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahid Musa berkata, kesemua remaja berusia 13 hingga 15 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 petang ketika melalui jalan utama iaitu Jalan Zabedah, Jalan Suasa dan Jalan Ungku Ahmad. 


“Ketika membuat rondaan dan pemantauan, kelihatan satu kumpulan remaja bawah umur menunggang basikal lajak di laluan utama di bandar ini dan polis bertindak menahan mereka kerana berkemungkinan melakukan aksi-aksi berbahaya serta mengancam keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain. 


“Kesemua remaja tersebut ditahan dan dibawa ke Balai Polis Trafik Ibu pejabat Polis Batu Pahat. Kesemua basikal dirampas dan disita di bawah Seksyen 112(3) APJ 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.


Abdul Wahid berkata, pihak polis turut memanggil ibu bapa atau penjaga remaja tersebut untuk sesi kaunseling. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain