Polis menahan pemandu lori itu di sebuah gudang di sini pada pukul 3.15 petang hari Selasa lalu selepas menerima laporan dari hospital pada pukul 12.15 tengah hari pada hari yang sama.

Ketua Polis Labuan, Superitenden Muhamad Farid Ahmad berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa dicabul oleh bapa tirinya sejak dia berusia sembilan tahun.

“Mangsa menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan ibunya kerana takut dan kasihankan ibunya memandang­kan bapa tirinya adalah pencari nafkah tunggal bagi keluarga,” kata beliau kepada pemberita hari ini.

Farid berkata, perkara itu terbongkar selepas dia menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital selepas mengadu pening, sakit perut, muntah dan doktor kemudian mengesahkan bahawa dia hamil lima minggu.

Suspek ditahan reman selama empat hari bermula Rabu. – BERNAMA