MOHAMAD ZAINAL ABDULLAH
MOHAMAD ZAINAL ABDULLAH

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Bandar Universiti, Seri Iskandar.

Katanya, tindakan segera itu susulan laporan polis yang dibuat remaja terbabit pada pukul 12.39 tengah hari, semalam.

“Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, remaja terbabit yang bersama bapa tirinya di dalam bilik hotel tersebut mendakwa suspek telah meramas payudara dan kemaluan serta mencium lehernya.

“Mangsa yang tinggal selama satu hari di hotel tersebut juga memberitahu bapa tirinya telah memaksa dia memegang kemaluan lelaki itu,” katanya di sini hari ini.

Mohamad Zainal berkata, suspek yang cuba merogol mangsa bagaimanapun tidak berjaya setelah remaja terbabit bertindak melawan perlakuan bapa tirinya.

Ujarnya, suspek yang berjaya ditangkap telah ditahan reman lima hari sehingga Rabu ini untuk siasatan.

“Siasatan sedang dijalankan terhadap suspek dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.-UTUSAN ONLINE