Menurut Ketua Polis Daerah, Supritenden Zulkipli Suhaili, hasil maklumat risikan, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah diketuai Inspektor Luqman Hakim Yusop menyerbu tempat berkenaan pada pukul 6.15 petang.


Katanya, lelaki warga asing berusia 46 tahun itu didapati tiada dokumen pengenalan diri berjaya ditahan tanpa sebarang masalah.


“Tangkapan ini dibuat setelah anak tirinya berusia 15 tahun didapati telah menyembunyikan kelahiran bayi lelaki pada Jumaat lalu.


“Lelaki ini akan disiasat di bawah Seksyen 376Kanun Keseksaan jika disabit kesalahan boleh dipenjara boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE