Sebelum kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi itu, suspek dikatakan bertengkar dengan mangsa, Amran Ariffin sebelum bertindak menetak dan menikam bapanya dengan parang.

Suspek kemudian melarikan diri ke rumah neneknya yang terletak sejauh kira-kira 60 meter dari rumah mangsa dan telah ditahan polis kira-kira pukul 8 pagi.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Superintenden Azahar Muda berkata, suspek turut cedera apabila menikam diri sendiri selepas menetak bapanya itu.

Katanya, lelaki itu kini dirawat di Hospital Tunku Fauziah (HTF) sebelum direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK). - UTUSAN ONLINE