Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, lelaki berusia 40 tahun yang bekerja sebagai kontraktor binaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana cuai.

Menurutnya, berdasarkan keterangan lelaki itu, dia meninggalkan dua anaknya termasuk mangsa bermain berdekatan di kolam tersebut kerana mahu ke tandas.

“Ketika dia kembali ke kolam, bapa mangsa mendapati anak lelakinya hilang dan ditemukan terapung di dalam kolam,” katanya.

Menurutnya, seorang lagi anak perempuannya yang berusia lima tahun berada agak jauh daripada kolam tersebut. - UTUSAN ONLINE