Ini bermakna, lelaki berusia 36 tahun itu yang tidak dibenarkan ikat jamin dan menghadapi 594 tuduhan liwat, termasuk 150 tuduhan semalam. 

Hakim Yong Zarida Sazali menetapkan 18 September ini sebagai tarikh sebutan semula untuk mendapatkan dokumen dan laporan berkaitan kes.

Pendakwaan hari ini menjadikan sejumlah 626 pertuduhan dihadapinya melibatkan kesalahan liwat, rogol, seksual fizikal dan penganiayaan seks terhadap mangsa.

Bapa kepada tiga orang anak perempuan itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa di rumah mereka di Sungai Way, Petaling Jaya dekat sini pada tarikh-tarikh berlainan pada sebelah pagi, petang dan malam antara Januari dan Julai tahun ini.

Akhbar melaporkan dia didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu selepas mangsa yang kini berusia 15 tahun tinggal bersamanya ekoran perceraian dengan isteri. - UTUSAN ONLINE