Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Muhamad Firdaus Saidon ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Anas Mahadzir.

Lelaki yang bekerja sebagai pemandu itu didakwa membunuh bayinya, Nurul Ain Humairah di sebuah rumah di Kampung Tok Panjang dekat Bukit Tengah di sini.

Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dia yang tidak diwakili peguam tidak dibenarkan diikat jamin sementara menanti sebutan semula kes pada 19 April ini. - UTUSAN ONLINE