Dalam kejadian kira-kira pukul 4.55 pagi itu, dua penghuni dewasa diikat oleh suspek, manakala penghuni lain termasuk empat kanak-kanak tidak diapa-apakan oleh penjenayah terbabit.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, terdapat tujuh penghuni di dalam banglo dua tingkat itu sewaktu kejadian.

“Dua mangsa diikat dengan wayar telefon serta ditutup dengan selimut oleh suspek dipercayai warga asing di ruang tamu, manakala mangsa yang tidur tidak diapa-apakan.

“Semua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Isa tidak berada di banglo itu semasa kejadian tersebut. - UTUSAN ONLINE