Suspek dikenali Abdullah Mat Akib,39, menjalani hukuman penjara selama 13 tahun serta dikenakan 10 sebatan bermula 8 Mac 2016 hingga 8 November 2024 depan bagi kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Suspek yang beralamat di Kampung Manik Urai Lama, Kuala Krai dipercayai meloloskan diri dari penjara kira-kira pukul 7.15 petang dengan mengenakan seluar pendek dan tidak berbaju.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Orang ramai yang menjumpai suspek atau mempunyai maklumat boleh menghubungi bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di 09-7450999 atau bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah Kota Bharu (09-7741022) atau mana- mana balai polis berdekatan. - UTUSAN ONLINE