Suspek Abdullah Mat Akib, 39, yang ditahan oleh orang ramai berhampiran sebuah tangki air diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat ketika dihubungi mengesahkan tangkapan telah dibuat.

Katanya, suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan.

Utusan Malaysia Sabtu lalu melaporkan seorang banduan yang menjalani hukuman penjara bagi kesalahan merogol telah melarikan diri dari penjara Pengkalan Chepa. -UTUSAN ONLINE