Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, Muhammad Iqmal Abdul Razak, 18, cedera di kepala akibat ter­kena objek terbabit yang dipercayai dibuang dari blok 41, PPR terbabit.

Muhammad iqmal
MUHAMMAD IQMAL

Ini merupakan kes ketiga yang dilaporkan melibatkan tindakan membuang barang dari atas ba­ngunan pada tahun ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Noor Azmi Yusoff berkata, akibat kepalanya terkena ta­yar basikal tersebut, mangsa yang ketika itu berada di bahagian meletak motosikal, terbaring dan hampir pengsan sebelum dibantu anggota DBKL yang berada di kawasan berkenaan.

“Anggota DBKL itu turut membawa fork basikal dan ta­yar yang terkena ke­pala mangsa. Akibat kejadian tersebut mangsa mendapat 15 jahitan di kepala,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Menurut Noor Azmi, selain mengesan anggota DBKL berkenaan, pihaknya juga sedang mencari saksi yang melihat kejadian.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.