NOORZAINY MOHD. NOOR
NOORZAINY MOHD. NOOR 

Warga emas berusia 60 tahun yang berperwatakan alim dengan berkopiah itu menyasarkan warga emas yang tinggal sendirian di rumah dan berpura-pura ingin menjemput mangsa menghadiri kenduri di rumahnya sebelum menyerang dan menyamun mangsa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, lelaki itu dipercayai terlibat dalam kes sama di Tasek Gelugor dan Nibong Tebal di Pulau Pinang serta Junjong, Kota Kuala Muda dan Serdang di Kedah.

“Hasil penahanannya 1 November lalu, polis menemukan pelbagai jenis barangan kemas serta resit jualan barangan kemas terbabit dan resit pajak gadai bernilai RM42,000 daripada lelaki yang berasal dari Taman Belatuk, Nibong Tebal itu.

“Dia kini sedang ditahan reman sehingga 13 November ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 392, 394 dan 397 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE