Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abdul Samad berkata, berdasarkan siasatan, lelaki berusia 52 tahun itu bertindak sedemikian ketika dalam ke­adaan marah dan mabuk pada pukul 6.19 petang semalam.

“Suspek itu yang berada dalam keadaan marah telah mengambil satu botol yang mengandu­ngi petrol sebelum menyimbah petrol ke badan ibu mentua­nya.

“Lelaki berkenaan bertindak mengambil pemetik api dan menyalakan di sekeping kertas sebelum menghalakan ke arah ibu mentuanya.

“Api itu menyambar ibu mentuanya, Aganasi Mary, 69, dan menyebabkan isteri suspek menjerit serta terus bertindak membawa wanita berkenaan ke dalam tandas bagi memadamkan api di badan mangsa.

“Ibu mentua suspek yang melecur 90 peratus dipindahkan dari Hospital Seberang Jaya ke Hospital Pulau Pinang kerana kritikal,” katanya.

Namun mangsa meninggal dunia pada pukul 3.05 petang.

Beliau berkata, mayat lelaki itu ditemukan oleh pihak bomba dalam keadaan rentung dan terbaring di tingkat atas dan dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Sek­syen 436 Kanun Keseksaan.