Ketua Polis negeri, Datuk Seri A. Thaiveegan berkata, lelaki berkenaan kemudian menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Katanya, pemeriksaan di rumah lelaki berkenaan di Jalan Datuk Keramat di sini kemudian menemukan 16.9 kilogram (kg) dadah disyaki ketamin, 479 gram (heroin) dan 246 gram syabu.

“Kesemua dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai kira-kira RM865,000 dan sekiranya terlepas ke pasaran boleh digunakan oleh seramai 85,000 penagih dadah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Thaiveegan, polis kini sedang menjalankan siasatan bagaimana dadah berkenaan disorok pada bahagian bumbung rumah lelaki berkenaan. - UTUSAN ONLINE