Hasil maklumat risikan, Komander ATB 2, Briged Je­neral Datuk Zarondin Md. Amin berkata, satu Pasukan Atur Ge­rak Cepat (QRF) dari 18 RAMD diketuai Kapten Mohd. Azuan Arif Mohd. Nizam digerakkan ke lokasi kejadian dan mengesan bot mencurigakan sebelum menahan suspek berumur antara 25 hingga 45 tahun pukul 4.30 pagi.

“Pemeriksaan awal turut menemukan kesemua suspek bersama enam cangkerang penyu yang telah dipotong-potong,” katanya dalam satu ke­nyataan di sini hari ini.

Zarondin berkata, kesemua suspek yang tiada pengenalan diri itu turut ditahan atas faktor melanggar perintah berkurung yang ditetapkan di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah antara pukul 6.00 petang hingga 6.00 pagi.

Katanya, kesemua suspek serta barang rampasan diserahkan ke Markas Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut. – BERNAMA