Majistret Wong Chai Sia menja­tuhkan hukuman itu terhadap Zai­ni Othman, 59, selaku orang kena saman (OKS) selepas mengaku ber­salah atas tuduhan secara tidak wajar menakutkan seekor kucing berwarna hitam dengan memba­ling haiwan itu menggunakan ka­sut miliknya.

Kejadian berlaku di tingkat 1, Lif Lobi Intan Tower Maskiara Residence, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr. Ismail di sini antara pukul 6.40 petang dan 6.43 petang, 20 September tahun lalu.

Pertuduhan dikemukakan me­ng­ikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 dibaca bersama Akta Binatang (Pindaan) 2013 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari Jabatan Perkhidmatan Ve­terinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Sharif Sab­ran memohon hukuman berat dengan mengambil kira OKS telah melakukan perbuatan tidak wajar terhadap seekor kucing yang tidak mempunyai kebolehan untuk ber­kata-kata dan tidak mempu­nyai pemilik.

Zaini yang tidak diwakili pegu­am itu dalam nada tersekat-sekat menahan tangisan merayu tidak dikenakan hukuman penjara kera­na mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri minggu depan, selain ini merupakan kesalahan pertamanya.

“Saya memohon hukuman ri­ngan kerana berpendapatan rendah dan perlu menanggung tiga anak yang masih bersekolah selain berharap kasut yang diambil penguat kuasa veterinar dapat dipulangkan balik kepada saya,” katanya yang kelihatan sugul.

Mengikut fakta kes, seorang penghuni kondominium itu menerima satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kezaliman terhadap binatang iaitu yang menunjukkan OKS memba­ling kasutnya kepada kucing itu.

Dalam video itu jelas menunjukkan kucing tersebut dalam ke­takutan apabila cuba melarikan diri daripada Zaini yang mengejarnya dan beberapa kali membaling kasut ke arah kucing tersebut lalu penga­du membuat laporan polis.

Lelaki itu dibebaskan setelah membayar denda tersebut.