Jumlah itu menjadikan keseluruhan mangsa yang maut di negeri ini ialah seramai 17 orang.

Ketua Polis, Datuk Mazlan Mansor berkata, kesemua mangsa yang maut itu terdiri daripada tiga kelompok iaitu di Taman Daya, Desa Jaya Gombak; Sungai Buloh dan Nirwana Memorial Park Semenyih dekat sini.

"Hasil pemeriksaan, kita telah melakukan serbuan di 12 premis dan menahan tujuh individu merupakan pemilik kedai runcit semalam.

"Mereka yang ditahan lima lelaki dan dua wanita iaitu warga tempatan, Myanmar dan India. Kita juga telah merampas 1,030 botol wiski pelbagai jenama antaranya Grand Royal dan Mandalay serta 1,767 tin bir jenama Volcano dan Kingfisher," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Tambahnya, tangkapan dan rampasan dibuat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam manakala kematian disiasat dibawah Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan.-UTUSAN ONLINE