Timbalan Pengarah (Operasi) Daerah 4 APMM, Komander Maritim Mohd. Iszuadi Mohamad Hassan berkata, penahanan itu dibuat oleh empat anggotanya selepas mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di perairan berkenaan kira-kira pukul 2.30 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan, pihaknya mendapati selain muatan kayu bakau, terdapat enam lelaki berada di dalam bot berkenaan termasuk tekong.

"Kesemua lelaki terbabit berusia dalam lingkungan 23 hingga 5 tahun dan berasal dari Bagan Si Api-Api, Indonesia. Muatan kayu bakau itu disyaki untuk di seludup ke Indonesia memandangkan tiada dokumen dikemukakan mereka untuk membawa keluar muatan itu dari negara ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Iszuandi, kesemua yang ditahan telah dibawa ke Jeti APMM di Pulau Indah untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967, Akta Perhutanan Negara 1984 dan Akta Imigresen 1959/63.

Pada masa sama, beliau dalam kenyataan itu turtu menyatakan pihaknya akan terus meningkatkan pengawasan serta menguatkuasakan undang-undang maritim bagi memastikan perairan negara sebagai kawasan yang selamat selain bebas daripada sebarang aktiviti yang bercanggah dengan perundangan negara. - UTUSAN ONLINE